MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Putrajaya

Sokongan moral

CAMPAGNE (kanan) menyerahkan cek tajaan kepada Geoffrey di Putrajaya, semalam.


 

 

Putrajaya: Perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2015 dijangka membawa ‘keceriaan’ kepada mangsa banjir yang melanda Pantai Timur bulan lalu.

Walaupun belum mengumumkan secara rasmi laluan sebenar perlumbaan berprestij di Asia itu, pihak penganjur Human Voyage (M) Sdn Bhd dijangka memberikan ‘sokongan moral’ kepada mangsa banjir yang melanda Kelantan, Terengganu dan Pahang dengan perlumbaan akan berakhir di Kuala Lumpur.

Pengumuman laluan perlumbaan berkenaan yang sepatutnya diumum semalam ditangguhkan dan akan didedahkan kepada umum minggu depan.

“Setakat ini persiapan sudah menjangkaui 90 peratus dengan baki 10 peratus membabitkan perjumpaan dan mesyuarat dengan beberapa negeri. Apa yang boleh saya katakan, sekiranya perlumbaan diharuskan bermula esok, ia sudah boleh dijalankan.

“Memang ada beberapa laluan perlumbaan itu membabitkan kawasan dilanda banjir, namun kita sudah mendapat maklumat pihak tertentu terutama Jabatan Kerja Raya (JKR) bahawa jalan sudah diperbaiki dan pasukan kami sendiri akan memantau perkembangannya bagi melihat situasi semasa,” kata Pengarah Teknikal LTdL 2015 Geoff Kronenburg, semalam.

Perlumbaan LTdL yang memasuki edisi ke-20 berstatus 2.HB (kategori hors) akan diadakan pada 8 hingga 15 Mac membabitkan lapan peringkat perlumbaan dengan jarak melebihi 1,000 kilometer.

“Kami pendekkan perlumbaan kepada lapan peringkat berbanding 10 tahun lalu atas permintaan pasukan yang bertanding terutama dari Eropah, bukannya kerana faktor kewangan. Ini kerana LTdL adalah perlumbaan awal musim selain keadaan cuaca di negara kita. Namun ia tidak bermakna LTdL tidak mencabar,” jelasnya.

Mengenai pasukan bertanding, Geoff berkata, kebanyakan membabitkan pasukan pernah berlumba di LTdL selain beberapa kejutan yang bagus untuk saingan kali ini.

Terdahulu berlangsung majlis penajaan membabitkan jenama tayar dari Itali, Vittoria yang akan menyelia khidmat neutral dengan memberikan sokongan bertaraf dunia kepada pelumba pada edisi ke-20 LTDL itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Vittoria Industries Asia Pacific Willem Campagne berkata, LTdL 2015 akan menjadi perlumbaan rasmi pertama UCI di dunia menggunakan rim tayar dengan menggunakan teknologi baru, Nano-Graphene.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Source Mymetro

Nearby Location

Places of Interest
Name Distance Direction
Masjid Putra Show Direction
Dataran Putra Show Direction
Shopping
Name Distance Direction
Pasar Presint 8 Show Direction