MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Putrajaya

Prestasi capai 90 peratus

Putrajaya: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar gembira apabila kini 90 peratus sasaran tajaan untuk penganjuran Sukan SEA dan Para ASEAN 2017 berjaya dicapai.

Menurut Khairy, jumlah penajaan kini mencecah RM70 juta, kurang RM10 juta berbanding sasaran yang ditetapkan RM80 juta.

Jumlah RM70 juta adalah merangkumi wang tunai serta perkhidmatan dan barangan.

“Saya bangga dengan prestasi yang terkini kerana tajaan sudah hampir mencapai 90% daripada sasaran walaupun dalam keadaan ekonomi semasa,” kata Khairy.

Terdahulu Khairy menyaksikan majlis menandatangani penajaan diantara Jawatankuasa Penganjur Malaysia (MASOC) dengan Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB).

PAMB diumum sebagai penaja kategori Perak (nilai tajaan antara RM1 juta hingga RM3 juta).

Syarikat yang sudah berusia 90 tahun ini akan menyediakan insurans perlindungan bukan sahaja kepada 13,000 sukarelawan Sukan SEA dan Para ASEAN yang akan berlangsung pada Ogos dan September depan.

Malah perlindungan akan turut merangkumi sukarelawan acara Larian Obor yang dijangka bermula pada pertengahan Mei nanti.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Source Mymetro

Nearby Location

Places of Interest
Name Distance Direction
Masjid Putra Show Direction
Dataran Putra Show Direction
Shopping
Name Distance Direction
Pasar Presint 8 Show Direction