MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Putrajaya

Naza taja RM12.5 juta

Putrajaya: Kuala Lumpur 2017 (Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN kesembilan) menerima penajaan berjumlah RM12.5 juta dari Naza Corporation Holdings Sdn Bhd (Naza).

Ia menjadikan Naza sebagai rakan penaja Platinum dan bakal menyediakan sekurang- kurangnya 250 buah kereta jenis Peugeot sebagai kenderaan rasmi dua temasya itu.

"Ia adalah untuk kegunaan ketua negara, menteri, ketua kontinjen, pegawai kanan, ahli sukan dan sukarelawan sepanjang berlangsungnya KL2017.

"Ia satu penghormatan kepada Naza kerana terpilih sebagai salah satu rakan kongsi KL2017. Kami sememangnya mencari satu acara di peringkat antarabangsa yang sesuai untuk membabitkan diri," kata Pengerusi Eksekutif bersama Kumpulan Naza, SM Nasarudin SM Nasimuddin.

Terdahulu berlangsung majlis perjanjian kerjasamaantara Naza dan KL2017 yang disaksikan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Naza muncul rakan penaja Platinum kedua selepas Telekom Malaysia Berhad (TM) mengumumkan penajaan RM15 juta pada bulan lalu.

KL2017 akan berlangsung dari 19 hingga 31 Ogos bagi Sukan SEA manakala 17 hingga 23 September bagi Sukan Para ASEAN.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Source Mymetro

 

Nearby Location

Places of Interest
Name Distance Direction
Masjid Putra Show Direction
Dataran Putra Show Direction
Shopping
Name Distance Direction
Pasar Presint 8 Show Direction