MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Putrajaya

MCKK sekat penguasaan STAR

BARISAN pemain MCKK meraikan kejayaan mereka selepas muncul juara Ragbi Super Six yang berakhir di Stadium Inspen, Putrajaya kelmarin.


TIADA yang lebih manis buat jurulatih ragbi Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Fidzamil Basarudin selepas menyaksikan pasukannya dinobatkan sebagai juara baharu kejohanan Rugbi Super Six tahun ini.

Kejayaan itu hadir apabila MCKK berjaya menundukkan musuh tradisi mereka, Sekolah Menengah Tuanku Abdul Rahman (STAR) menerusi kemenangan bergaya 17-7 pada aksi final di Stadium Inspen, Putrajaya kelmarin.

Apa yang pasti, dendam MCKK terubat apabila mereka tewas tipis 17-19 kepada STAR dalam saingan Liga Ragbi Super Six pada Mac lalu.

Faidzamil menganggap kemenangan tersebut dilihat sebagai satu kebangkitan buat anak-anak buahnya dalam sukan rugbi tempatan.

“Ramai mengetahui bahawa pertembungan MCKK dengan STAR adalah satu aksi penuh klasik kerana kedua-dua pasukan ini merupakan musuh tradisi dalam kejohanan ini.

“Pada Mac lalu, kami tewas kepada mereka meskipun berjaya mendahului STAR, tetapi kami enggan mengulangi kesilapan tersebut ketika beraksi di pentas final semalam (kelmarin).

“Skuad STAR dilihat memiliki banyak kelebihan berbanding kami tetapi saya percaya kekuatan mental dan fokus pasukan saya menjadi faktor utama MCKK berjaya menjulang trofi Super Six tahun ini.

“Mungkin tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa MCKK kini sudah kembali bangkit untuk bersaing, sekali gus menyekat dominasi STAR dalam sukan ragbi,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Dalam perkembangan sama, Fidzamil menjangkakan STAR yang menarik diri daripada Kejohanan Tujuh Sepasukan Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS) sebagai juara bertahan, akan memberikan cabaran lebih hebat kepada pasukan kendaliannya.

Katanya, beliau akan mempersiapkan skuad kendaliannya dengan lebih mantap dalam misi mempertahankan kejuaraan tersebut pada tahun akan datang.

“Dalam mana-mana sukan, kamu tidak boleh sentiasa di atas kecuali kamu sentiasa berkerja keras dan fokus ketika beraksi di atas padang.

“Saya percaya mempertahankan kejuaraan adalah lebih sukar berbanding merebut trofi. Jadi, secara tidak langsung saya percaya STAR akan memberikan saingan lebih hebat pada tahun akan datang.

“Tugas saya adalah mempersiapkan pasukan saya dengan lebih mantap dan kemas untuk kejohanan ini di masa akan datang,” katanya.


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Source Kosmo

Nearby Location

Places of Interest
Name Distance Direction
Masjid Putra Show Direction
Dataran Putra Show Direction
Shopping
Name Distance Direction
Pasar Presint 8 Show Direction