MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Putrajaya

Hampa sikit...

Putrajaya: Penghinaan dilakukan segelintir penyokong Johor Darul Ta’zim (Johor DT) terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi insiden kain rentang manusia berkepala anjing pada aksi Piala Sumbangsih Sabtu lalu mencetuskan rasa hampa Presiden Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Bagaimanapun kontroversi itu tidak menjejaskan semangat beliau untuk terus memimpin FAM dan sebaliknya bersikap tenang apabila tidak mahu isu berkenaan diperbesarkan.

“Hampa sikit. Saya tidak perlu komen hal ini sebab ramai sudah memberi kenyataan mengenai hal ini. Saya simpan dalam hati,” katanya.

Insiden panas itu berlaku di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin minggu lalu apabila kain rentang yang mempunyai imej manusia berkepala anjing memakai kot FAM dipamerkan penyokong Johor DT sebelum perlawanan antara tuan rumah dan Pahang.

Tindakan itu difahamkan sebagai protes terhadap kepimpinan FAM menguruskan beberapa isu, namun ramai pihak menganggap tindakan itu melampaui batas dan biadab.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Source Mymetro

Nearby Location

Places of Interest
Name Distance Direction
Masjid Putra Show Direction
Dataran Putra Show Direction
Shopping
Name Distance Direction
Pasar Presint 8 Show Direction