MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Putrajaya

Hafizh masih ada peluang

Putrajaya: Harapan untuk menyaksikan kelibat penunggang muda berbakat negara, Hafizh Syahrin Abdullah di perlumbaan MotoGP kelas Moto2, musim depan masih belum tertutup sekalipun permohonan pasukannya, PETRONAS Raceline Malaysia ditolak promoter kejuaraan berprestij itu sebelum ini.

Selaku penaja utama, PETRONAS ketika ini mengakui sedang menimbang semua kemungkinan bagi memastikan pelumba berusia 19 tahun yang mencipta nama di Kejuaraan Sepanyol itu beraksi di kejuaraan dunia musim depan, sekalipun ia bermakna terpaksa melepaskannya bersama pasukan lain.

 

“Ketika ini, kami masih dalam proses rayuan kerana bagi kami, ini masa terbaik untuk Hafizh berada di kejuaraan dunia terutama selepas menilai prestasinya tahun ini, malah dia sudah berjaya meraih kemenangan pertama di Kejuaraan Sepanyol, minggu lalu.

 

“Memang perancangan awal kami adalah untuk kekal bersama pasukan sedia ada kerana dia sudah selesa namun kami masih dalam proses rayuan dan tidak menolak sebarang kemungkinan yang ada termasuk meletakkannya bersama pasukan berbeza,” kata Pengurus Besar PETRONAS Motorsport, Anita Azrina Abdul Aziz.

Keputusan bulan depan

Anita berkata, permohonan pasukan PETRONAS Raceline Malaysia ditolak atas alasan grid perlumbaan yang dikatakan sudah penuh dan mengulas mengenai satu lagi pasukan dari Malaysia yang dikatakan akan menyertai kejuaraan dunia tahun depan, Caterham, pihaknya belum menerima sebarang tawaran.

“Kami diberitahu grid sudah penuh malah mereka sudah membenarkan satu pasukan baru masuk iaitu Caterham dan kami difahamkan pasukan ini sudah pun mempunyai pelumba mereka sendiri. Memang kami ada menilai pilihan lain namun kejuaraan dunia pilihan utama dan itulah sasaran Hafizh,” katanya.
Keputusan mengenai rayuan itu dijangka akan diketahui pada Grand Prix Malaysia, Oktober depan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Source berita harian

Nearby Location

Places of Interest
Name Distance Direction
Masjid Putra Show Direction
Dataran Putra Show Direction
Shopping
Name Distance Direction
Pasar Presint 8 Show Direction