MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Putrajaya

UMNO bantu 76 kanak-kanak beli baju raya

TENGKU Adnan Tengku Mansor mengukur baju salah seorang daripada 76 kanak-kanak dalam komuniti Putrajaya membeli pakaian hari raya dengan kerjasama Pemuda dan Puteri UMNO bahagian itu di Kompleks Membeli Belah Alamanda, Putrajaya, semalam. - MINGGUAN/HANAFI KHAMIS


 

PUTRAJAYA 4 Ogos - Sempena Aidilfitri yang bakal menjelang, seramai 76 kanak-kanak dalam komuniti diraikan apabila diberi peluang membeli barang keperluan hari raya di pusat beli-belah Alamanda di sini hari ini.

Kesemua mereka menerima duit raya dan baucar membeli-belah bernilai RM100 sumbangan Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Putrajaya.

Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, program tersebut diadakan untuk berkongsi keceriaan dengan kanak-kanak kurang upaya melalui sumbangan yang diperuntukkan oleh UMNO bahagian.

Beliau berkata, kanak-kanak yang dibawa membeli-belah itu datang dari seluruh pelosok komuniti Putrajaya yang dikenal pasti oleh jentera-jentera parti.

“Sebanyak RM20,000 dibelanjakan untuk menjayakan program tersebut," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Putrajaya, Datuk Ahmad Zaki Zahid dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Putrajaya, Husna Abdul Rahaman.

 

 

 

 

 

 

 

 

  -    Sumber utusan malaysia.

Nearby Location

Places of Interest
Name Distance Direction
Masjid Putra Show Direction
Dataran Putra Show Direction
Shopping
Name Distance Direction
Pasar Presint 8 Show Direction