MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Putrajaya

Tubuh parti, pakatan pembangkang baru

Putrajaya: Satu badan pakatan baru dianggotai beberapa parti pembangkang termasuk PKR, DAP dan Parti Amanah Negara akan ditubuhkan untuk mengkordinasi usaha memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pakatan itu akan bergerak sebagai badan tertinggi untuk menjalankan tugas bagi menjayakan usaha memenangi pilihan raya itu dan gerak kerja bermula sekarang hingga selepas pilihan raya.

"Berikutan itu, satu parti baru akan ditubuhkan dalam masa terdekat dan namanya akan diumumkan kemudian.

"Kami akan bekerjasama dengan semua pihak dalam pakatan ini dan mengenepikan sebarang perbezaan (politik) tetapi menumpukan kepada usaha untuk memenangi PRU 14,"katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu mereka mengadakan perbincangan kira-kira tiga jam sebelum memutuskan penubuhan pakatan berkenaan.

Turut hadir ialah bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar; Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Md Akin dan bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan.

Dr Mahathir berkata, beliau akan memainkan peranan sebagai pemimpin dalam parti baru serta pakatan berkenaan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Source Mymetro

Nearby Location

Places of Interest
Name Distance Direction
Masjid Putra Show Direction
Dataran Putra Show Direction
Shopping
Name Distance Direction
Pasar Presint 8 Show Direction