MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Putrajaya

Sukar siasat 1MDB dan derma RM2.6 bilion jika Najib masih berkuasa

Pihak berkuasa berdepan kesukaran menyiasat skandal kewangan membabitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak jika beliau masih berkuasa, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal.

Bekas menteri Kabinet yang disingkir pada Julai berkata, tidak salah meminta presiden parti Umno itu berehat semasa siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan wang derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya sedang berjalan.
 
"Tidak salah meminta berbuat sedemikian supaya siasatan dapat berjalan," kata Shafie kepada pemberita semasa wawancara bersama media atas talian di pejabatnya di Kuala Lumpur semalam.
 
"Hal ini disebabkan jika siasatan dijalankan, kebiasaannya ia pasti susah untuk mereka mendapatkan maklumat lebih lanjut kerana beliau masih perdana menteri."
 
Shafie ketika wawancara ditanya sama ada beliau menyokong langkah Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggesa supaya Najib berehat pada Isnin bagi membolehkan siasatan dapat berjalan.
 
Diketahui umum, pasukan petugas khas terdiri daripada polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara Malaysia dan Peguam Negara yang sepatutnya menyiasat skandal 1MDB dan RM2.6 bilion juga sudah terkubur.
 
Siasatan pasukan petugas khas yang terganggu dengan beberapa rombakan membabitkan pegawai tertinggi dalam agensi penguat kuasa itu sebelum ini menimbulkan pelbagai kritikan ramai pihak.
 
Malah Muhyiddin sebelum ini dalam kenyataannya juga mempersoalkan bentuk gangguan ke atas pasukan petugas khas itu yang mengakibatkan ia dibubarkan.
 
Shafie, yang turut menghadiri majlis bersama Muhyiddin pada Isnin bersetuju dengan cadangan bekas timbalan perdana menteri itu dan menghormatinya sebagai langkah yang baik.
 
"Kamu perlu siasat, berapa banyak yang diterima? Adakah ia untuk Umno? Jika ia untuk Umno mengapa ia tidak dibincangkan dalam Majlis Tertinggi.
 
"Untuk apa wang itu diguna, ke arah mana kita gunakan dengan wang ini? Kamu perlu jelaskan dengan teliti, apakah yang digunakan untuk RM2.6 bilion ini," katanya.
 
Beliau juga tidak berpuas hati dengan penjelasan setakat ini berhubung kedua-dua isu 1MDB dan wang derma RM2.6 bilion, serta akan terus mempersoalkannya selagi tiada jawapan yang jelas.
 
"Saya bertanya cerita sebenar. Individu tersebut tidak mahu identiti didedahkan. Tapi mengapa begitu sukar untuk dedahkan individu itu jika beliau sanggup derma wang tersebut," katanya.
 
Berhubung isu 1MDB, Shafie berkata presiden syarikat pelaburan dana itu, Arul Kanda Kandasamy gagal memberi penjelasan yang konkrit dan meyakinkan.
 
Malah, penjelasan dibuat Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Parlimen mengenai wang derma RM2.6 bilion juga tidak jelas dan kurang maklumat yang tepat.
 
Muhyiddin dan Shafie disingkir daripada Kabinet semasa rombakan dibuat Najib pada Julai, dipercayai akibat kelantangan mereka mengkritik 1MDB, namun masih mengekalkan jawatan sebagai timbalan presiden dan naib presiden Umno.
 
- the malaysian insider

 

Nearby Location

Places of Interest
Name Distance Direction
Masjid Putra Show Direction
Dataran Putra Show Direction
Shopping
Name Distance Direction
Pasar Presint 8 Show Direction