MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Putrajaya

SPR belum terima pemakluman rasmi

Putrajaya: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor mengenai kekosongan DUN N.01 Sungai Air Tawar, Selangor berikutan kematian Ahli DUN berkenaan, Kamarol Zaki Abdul Malik, pagi tadi.

Pengerusinya Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata, pihaknya sudah maklum mengenai laporan kematian penyandang DUN berkenaan.

Menurutnya, kekosongan luar jangka kerusi berkenaan selaras dengan peruntukan Perkara LXX (5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.

"Untuk makluman, tarikh hari pertama sesi persidangan DUN Selangor adalah pada 21 Jun 2013 iaitu selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke -13 pada 2013.

"Kami akan memaklumkan sama ada wujud keperluan mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi DUN itu selepas menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Selangor," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Source Mymetro

Nearby Location

Places of Interest
Name Distance Direction
Masjid Putra Show Direction
Dataran Putra Show Direction
Shopping
Name Distance Direction
Pasar Presint 8 Show Direction