MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Putrajaya

SPR: 6,092 rakyat Malaysia di luar negara mengundi

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan sejumlah 6,092 sampul surat mengandungi undi pos luar negara akan sampai ke pejabat Pegawai Pengurus (RO) pilihan raya yang berkenaan.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata sampul berkenaan diterima dari 100 pejabat perwakilan Malaysia di pelbagai lokasi seperti Muscat, Dublin dan New York.

"Tidak banyak masalah yang dihadapi dari segi penghantaran dan penerimaan. Keseluruhan sampul surat yang dihantar ke luar negara berjumlah 8,725 pada 28 April lalu manakala bilangan yang dituntut adalah 6,092.

"Bilangan yang tidak dituntut 2,633," katanya pada sidang akhbar selepas meninjau proses penerimaan sampul undi pos luar negara di Kementerian Luar di sini hari ini.    

Abdul Aziz berkata kerjasama kali pertama dengan kementerian itu berjaya menarik perhatian warga Malaysia di luar negara untuk terlibat dalam proses pilihan raya.

Sementara itu, pada proses penerimaan sampul undi pos hari ini, beliau berkata tidak wujud sebarang ruang dan peluang untuk penipuan.

Beliau turut menunjukkan kepada media beg diplomatik berkunci mengandungi sampul undi pos yang diasing mengikut kawasan tertentu untuk dihantar ke pejabat RO berkenaan. - Bernama

Sumber:Sinar Harian

Nearby Location

Places of Interest
Name Distance Direction
Masjid Putra Show Direction
Dataran Putra Show Direction
Shopping
Name Distance Direction
Pasar Presint 8 Show Direction