MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Putrajaya

Siri dakwaan hasutan Putrajaya bangkitkan rasa takut dan benci rakyat

Siri dakwaan hasutan oleh Putrajaya baru-baru ini terhadap pembangkang berjaya membelengu rakyat Malaysia daripada bersuara terutama mengenai isu yang dianggap sensitif, kata pemerhati, susulan penganjur forum awam semalam minta media tidak buat liputan.

Mereka berkata, ketakutan ini bertepatan mengapa Akta Hasutan 1948 perlu dihapuskan dan digantikan dengan undang-undang yang lebih adil kepada semua.

Penganalisis politik Wan Saiful Wan Jan berkata, beliau tidak terkejut dengan permintaan penganjur forum berkenaan, namun kecewa ia sampai ke tahap di mana orang ramai kini bimbang untuk bersuara dan membincangkan isu penting secara terbuka.

"Siri pendakwaan baru-baru ini berjaya mewujudkan suasana takut di kalangan orang ramai.

"Malah, saya kini berhati-hati apabila menulis kenyataan atau menjawab soalan, dan cuba mencari cara terbaik untuk mengatakan sesuatu tanpa benar-benar mengatakannya," kata ketua Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) itu.

Bagaimanapun, katanya, hikmah kepada semua kejadian ini ialah mengukuhkan tekad orang ramai untuk melihat pemansuhan Akta Hasutan yang mula diwujudkan sejak era penjajah itu.

"Lebih ramai orang takut bersuara, lebih kuat keinginan mereka untuk ia dihapuskan," katanya.

Pada forum semalam, bekas Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi daripada Umno Datuk Saifuddin Abdullah yang mempengerusikan majis itu berkata, kejadian yang berlaku sekarang adalah sesuatu yang malang dan banyak menghasilkan kedudukan yang sukar.

"Kita masih mempunyai Akta Hasutan, dan kadang-kala orang cenderung membuat tafsiran. Saya tahu wartawan akan melaporkan berdasarkan apa yang anda dengar dan lihat, tetapi pembaca mungkin tidak memahaminya, dan kemudian tiba-tiba beberapa orang mendapat masalah kerana apa yang dikata sedangkan dia berniat baik," katanya berhubung keputusan meminta media untuk tidak membuat liputan terhadap prosiding itu.

Siri tangkapan berkaitan hasutan oleh Putrajaya terhadap pemimpin pembangkang, wartawan, ahli akademik, aktivis dan dua pendakwah Islam, mewujudkan kritikan terhadap usaha mendiamkan perbezaan pendapat.

Pengkritik mempersoalkan mengapa kumpulan sayap kanan tertentu dan ahli politik yang membuat lebih banyak kenyataan berunsur hasutan pada masa lalu terlepas daripada dakwaan ini.

Penganalisis politik Dr Lim Teck Ghee berkata Malaysia menghampiri situasi di mana suara perkauman dan fanatik agama boleh terlepas sewenang-wenangnya – sering sehingaa ke tahap menghasut keganasan kaum manakala yang sederhana dikenakan walaupun kenyataan atau ucapan yang tidak keterlaluan.

"Ini seperti mempermainkan keadilan yang belum pernah berlaku dalam sejarah politik kita. Ia juga tanda hitam yang tetap akan membinasakan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak," kata pengarah Pusat Dasar Inisiatif itu.

Lim berkata, kebanyakan rakyat Malaysia cuba bersikap betul dalam pandangan politik mereka dan dihalang di khalayak ramai apabila menyentuh mengenai isu sensitif manakala media sosial menyebabkan beberapa kenyataan emosi, yang tidak seharusnya menjadi alasan untuk menghalang sesiapa daripada pembangkang atau yang tidak dilihat sebagai anti kerajaan.

Merujuk kepada permintaan penganjur forum agar tiada liputan media mengenai program, itu, Dr Lim berkata ia adalah satu gambaran suram keadaan wacana awam di negara ini.

"Ia menunjukkan tahap penindasan politik terutama daripada orang yang dikira pandangan mereka menentang kerajaan.

"Malah, kita boleh lihat ‘double standard’ berlaku di mana fanatik agama dan kaum, bebas berekspresi dalam penerbitan vernakular tanpa takut didakwa di bawah Akta Hasutan,” katanya.

Pengerusi pergerakan masyarakat sivil Negara-ku Zaid Kamaruddin berkata, beliau memahami permintaan penganjur yang mungkin bimbang peserta mendapat masalah dengan undang-undang, langkah itu mengukuhkan suasana ketakutan .

"Kita sebagai rakyat tidak boleh diperbodohkan dan harus terus melaksanakan hak kita untuk menunjukkan kesilapan dan kelemahan kerajaan dan sistem itu.

"Kita tidak boleh membina Malaysia yang lebih baik dengan menutup mulut kita,” katanya.

Sejak Putrajaya masih belum membuat keputusan untuk memansuhkan akta hasutan, Zaid berkata rakyat Malaysia lebih teliti terhadap undang-undang itu untuk memahami apa yang perlu dan tidak patut dianggap menghasut.

"Setiap undang-undang yang baik boleh disalah guna, tidak ada penyelesaian yang mudah. Saya mencadangkan sudah sampai masanya mempertimbangkan agar peguam negara bertanggungjawab kepada Parlimen," katanya.

Pada masa ini, peguam negara adalah seorang penjawat awam dan hanya bertanggungjawab kepada perdana menteri dan Kabinet.

– The Malaysian Insider, 18 September, 2014.

Nearby Location

Places of Interest
Name Distance Direction
Masjid Putra Show Direction
Dataran Putra Show Direction
Shopping
Name Distance Direction
Pasar Presint 8 Show Direction