MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Putrajaya

Putrajaya tidak boleh turunkan harga barang

Di tengah-tengah aduan rakyat mengenai kos sara hidup yang meningkat, Putrajaya hari ini berkata ia tidak dapat menurunkan harga barangan atau perkhidmatan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hamzah Zainuddin hari ini berkata, harga barangan bergantung kepada kuasa pasaran dan Putrajaya menangani isu ini dengan menambah pendapatan rakyat, bukan dengan mengurangkan harga.
 
"Oleh itu, inisiatif kerajaan bukan dengan menurunkan harga tetapi membantu rakyat daripada aspek pendapatan. Ada beza antara ini dan kos sara hidup.
 
"Kita harus faham, kos barangan yang rakyat minta kurangkan tidak dikawal kerajaan. Penawaran dan permintaan terpulang kepada peniaga," kata Hamzah ketika ditemui pemberita pada perhimpunan agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur hari ini.
 
Bagaimanapun, beliau menambah harga barangan harus munasabah dan beliau memahami kekecewaan orang ramai.
 
Katanya, perlu ada keseimbangan antara memperkenalkan cara hidup yang lebih baik dan peningkatan kos.
 
"Ia tidak dapat dielakkan jika negara mahu mencapai status negara maju dengan mempunyai infrastruktur yang sangat baik."
 
Pada Rabu, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata kos sara hidup yang tinggi menyeksa kehidupan rakyat dan menggesa Putrajaya tidak memperkenalkan sebarang kenaikan harga lagi.
 
- the malaysian insider

 

Nearby Location

Places of Interest
Name Distance Direction
Masjid Putra Show Direction
Dataran Putra Show Direction
Shopping
Name Distance Direction
Pasar Presint 8 Show Direction