MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Putrajaya

Putrajaya nafi bayar Paul Stadlen

Putrajaya menafikan pernah membuat sebarang pembayaran gaji kepada Penasihat Komunikasi Pejabat Perdana Menteri, Paul Stadlen, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, Shahidan berkata setakat ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanya mempunyai empat penasihat  dan antaranya ialah Tan Sri Dr Rais Yatim dan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

"Perdana menteri punyai empat penasihat Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin, Datuk Mohd Johari Baharom , Tan Sri Dr Rais Yatim dan Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil.

"Kerajaan hanya membayar gaji dan elaun mengikut  kelayakan masing-masing berdasarkan kepada kepakaran yang diberikan," kata Shahidan.

Beliau berkata demikian menjawab soalan lisan Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin yang meminta kerajaan menyatakan bilangan penasihat rasmi perdana menteri dan jumlah bayaran termasuk semua elaun setiap seorang penasihat tersebut.

Hanipa turut meminta kerajaan menjelaskan pembayaran gaji kepada Stadlen setakat April 2014.

– the malaysian insider, 20 Mei, 2015.

Nearby Location

Places of Interest
Name Distance Direction
Masjid Putra Show Direction
Dataran Putra Show Direction
Shopping
Name Distance Direction
Pasar Presint 8 Show Direction