MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Putrajaya

Putrajaya ambil tindakan undang-undang, NFCorp gagal langsai hutang

Putrajaya akan mengambil tindakan undang-undang ke atas National Feedlot Corporation (NFCorp) kerana kegagalan melangsaikan pembayaran bagi pinjaman berjumlah RM250 juta, kata Kementerian Kewangan dalam satu jawapan bertulis hari ini.

Menjawab soalan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad (PAS), Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak berkata NFC gagal menepati pembayaran ansuran tahunan pada 9 Januari selain gagal membuat pembayaran seterusnya yang diminta kementerian.

"Kerajaan mengemukakan Notis Membaiki Kemungkiran kepada NFCorp pada 5 Mei 2014 dengan tempoh yang diberikan selama 90 hari. Bagaimanapun, NFCorp tetap gagal meremedi kemungkiran tersebut.

"Lanjutan daripada itu, kerajaan mengemukakan Notis Pengisytiharan Event of Default pada 4 September 2014 untuk penamatan perjanjian dan seterusnya akan mengambil tindakan undang-undang," katanya.

Najib berkata, pinjaman kerajaan oleh NFCorp itu perlu dibayar balik bermula pada 2012 hingga 2028.

"Sehingga 30 September 2014, bayaran balik yang dikutip ialah RM34.98 juta bagi ansuran 2012 dan 2013, manakala ansuran 2014 yang matang pada 9 Januari 2014 masih belum dijelaskan," katanya.

– The Malaysian Insider, 5 November, 2014.

Nearby Location

Places of Interest
Name Distance Direction
Masjid Putra Show Direction
Dataran Putra Show Direction
Shopping
Name Distance Direction
Pasar Presint 8 Show Direction