MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Putrajaya

PAS parti ajaran sesat, pesongkan akidah umat Islam - Ku Nan

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini mendakwa PAS sebuah parti politik yang membawa ajaran sesat dan memesongkan akidah umat Islam.

Sebaliknya, Umno ialah parti Melayu yang memastikan akidah umat Islam di Malaysia tetap terpelihara, kata setiausaha agung Umno itu.

"Tidak ada parti seperti Umno, saya hendak beritahu. Kalau kata PAS itu Islam, pada saya, PAS itu parti mengajar ajaran sesat. Parti yang akan memesongkan akidah.

"Berapa surau, masjid yang PAS bangunkan? Yang mereka tahu, pecah belahkan kita. Memesongkan akidah kita.

 Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata demikian semasa menyampaikan ucapan penutup Multaqa Kebangsaan, Biro Agama Umno di Kuala Lumpur.

Beliau yang juga mesra dengan panggilan Ku Nan berkata, taman asuhan kanak-kanak yang dibangunkan PAS bertujuan merosakkan minda kanak-kanak di peringkat awal.

Katanya, doktrin seperti itu menjadi cabaran kepada Umno bagi menghalang usaha penyebaran fahaman PAS dilakukan dari usia muda.

"Kita jangan lupa, Umno sedang menghadapi cabaran puak PAS yang mendidik anak-anak mereka sejak kecil, dan sekarang sudah besar, mengatakan Umno ini taghut, kafir.

"Mereka tanamkan semangat ini sejak kecil. Bagaimana kita hendak kekang? Ini cabaran," katanya.

Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata pelbagai isu sensitif yang dibangkitkan sejak kebelakangan ini berpunca dari kegagalan orang Melayu bersatu.

Katanya, ahli Umno perlu bijak menyampaikan kepada masyarakat maklumat mengenai sumbangan parti itu yang lebih banyak berjasa dari PAS.

"Kebelakangan ini macam-macam dipersoalkan, kalimah (Allah), Bible. Ini semua berlaku kerana bangsa Melayu tidak bersatu. Umat Islam berpecah belah, bawa fahaman yang songsang dalam negara. Memutar belit.

"Mereka menggunakan Islam untuk kepentingan politik. Umno sehingga ke hari ini tidak pernah menggunakan secebis ayat untuk mendapat kuasa," katanya.

Ku Nan turut mengingatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengenai hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mahu Fasal 3 Perlembagaan Umno dipinda.

"Perdana menteri sudah setuju supaya satu perjumpaan khas diadakan untuk tukar Fasal 3 mengikut Islam yang berlandaskan sunnah dan Al-Quran.

"Kenapa ini kita lakukan? Macam-macam ajaran sekarang datang ke negara kita, macam-macam mazhab, sehinggakan rakyat jadi kelam kabut," katanya.

– The Malaysian Insider, 2 November, 2014.

Nearby Location

Places of Interest
Name Distance Direction
Masjid Putra Show Direction
Dataran Putra Show Direction
Shopping
Name Distance Direction
Pasar Presint 8 Show Direction