MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Putrajaya

Orang ketuk kereta saya untuk minta borang ahli - Syed

Anggota jawatankuasa protem Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) Syed Saddiq Abdul Rahman berkata sambutan yang diberikan terhadap parti itu amat menggalakkan, malah ada individu tidak dikenali menghampirinya bagi meminta borang keahlian.

Katanya, perkara itu berlaku walaupun BERSATU masih menunggu kelulusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) selepas menghantar permohonan pada 9 Ogos lalu.
 
Menceritakan kejadian itu, Syed Saddiq berkata cermin keretanya diketuk ketika beliau berhenti di sebuah restoran di Putrajaya dan individu itu bertanyakan namanya bagi mendapatkan pengesahan.
 
"Saya kata ya, dan mereka cakap, 'Oh gembira jumpa kamu. Bolehkah kita ambil gambar?'
 
"Dan kemudian mereka tanya 'Kamu ada borang pendaftaran?,"
 
Katanya, perkara sama juga berlaku apabila beliau berada di pusat membeli belah dan apabila balik ke kampung halaman.
 
"Tahap penerimaan adalah luar biasa, jadi saya amat gembira dengannya," katanya kepada Malaysiakini ketika ditemui selepas satu forum di Petaling Jaya malam tadi.
 
Terdahulu pada forum itu, Saddiq memberitahu kira-kira 50 hadirin bahawa sesetengah pihak juga mengeluarkan borang pendaftaran 'awal' untuk parti itu.
 
Beliau berkata borang itu disebarkan melalui media sosial atau dari mulut ke mulut.
 
BERSATU menafikan borang-borang berkenaan dikeluarkannya dan memberi amaran bahawa ia mungkin satu percubaan untuk mencuri maklumat peribadi ahli yang berpotensi.
 
Ini kerana ribuan borang berkenaan perlu diisi dengan maklumat nombor kad pengenalan dan butiran lain.
 
- malaysiakini

 

Nearby Location

Places of Interest
Name Distance Direction
Masjid Putra Show Direction
Dataran Putra Show Direction
Shopping
Name Distance Direction
Pasar Presint 8 Show Direction