MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Putrajaya

Ku Nan Nafi Campur Tangan Pemilihan Semula UMNO Kuala Selangor

PUTRAJAYA, 2 Dis - Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan dakwaan kononnya beliau campur tangan secara langsung dalam pemilihan semula UMNO Bahagian Kuala Selangor baru-baru ini.



Beliau sebaliknya menjelaskan hanya menjalankan tugasan pentadbiran sahaja, bahkan tidak juga terlibat menganggotai mana-mana jawatankuasa sama ada jawatankuasa pemilihan atau jawatankuasa khas bantahan.



"Ketika itu sedang sibuk dengan pilihan raya kecil Sungai Limau dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi Pengurusan ke sana, jadi saya tidak ada orang untuk dirujuk," katanya dalam sidang media selepas Program bersama warga emas peringkat Parlimen Putrajaya di sini Ahad.



Tambahnya namun selepas selesai pilihan raya tersebut, beliau telah merujuk hal tersebut kepada Timbalan Perdana Menteri sebelum pemilihan semula itu dirujuk ke jawatankuasa khas bantahan yang dipengerusikan Tan Sri Azmi Khalid.



"Akan tetapi saya mengakui terdapat kesilapan pada awalnya di mana pemilihan semula itu sepatutnya dirujuk kepada jawatankuasa khas bukan jawatankuasa pemilihan," katanya.



Tengku Adnan berkata, gesaan Mohamas Azli supaya beliau meminta maaf secara terbuka kepada Presiden UMNO dan Jawatankuasa Pemilihan UMNO di hadapan semua perwakilan semasa Perhimpunan Agung UMNO minggu depan mengenai dakwaan campur tangan itu juga tidak berasas.



"Sepatutnya jika terdapat sebarang keraguan atau penipuan semasa pemilihan semula itu, pihak tersebut membuat protes pada masa itu bukan selepas pemilihan selesai," tambahnya.



Menteri Wilayah Persekutuan itu diminta mengulas dakwaan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara, Mohamad Azli Mohemed Saad kononnya Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO, Tan Sri Tajol Rosli memberi arahan kepada Tengku Adnan supaya pemilihan semula Jawatankuasa UMNO Bahagian Kuala Selangor diadakan pada 16 November lepas.



Pemilihan semula jawatan Ketua UMNO bahagian Kuala Selangor dilakukan kerana terdapat bantahan daripada setiausaha bahagiannya Ishak Haron terhadap proses pemilihan bahagian itu pada 19 Oktober lalu.



Pada pemilihan itu, Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Amiruddin Setro selaku penyandang mendapat 220 undi, menewaskan Ishak dengan kelebihan satu undi.



Pada pemilihan semula itu pula, Amiruddin yang mendapat 266 undi tewas kepada Ishak dengan empat undi.



Ishak memperolehi 270 undi. Terdapat dua undi rosak.

Sumber : KL Post

Nearby Location

Places of Interest
Name Distance Direction
Masjid Putra Show Direction
Dataran Putra Show Direction
Shopping
Name Distance Direction
Pasar Presint 8 Show Direction