MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Putrajaya

Kain rentang kritik parti politik fitnah Perbadanan Putrajaya

PUTRAJAYA - Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Samsudin Osman menegaskan, pemasangan kain rentang mempunyai logo PPj yang tertera ayat mengkritik sebuah parti politik di Presint 9 di sini merupakan cubaan pihak tertentu untuk memfitnah perbadanan itu.
   
Beliau berkata, PPj telah membuat laporan polis berhubung perkara itu.
   
"Kita sudah turunkan kain rentang itu. Malah kita (PPj) tak akan buat kain rentang yang mengkritik orang," katanya sambil menafikan perbadanan itu mempunyai kaitan dengan pemasangan kain rentang itu.
   
Beliau berkata demikian pemberita selepas menghadiri prapelancaran Floria Putrajaya 2012 di sini hari ini.
   
Semalam, sebuah portal berita mendakwa PPj "takut" untuk menurunkan bendera-bendera sebuah parti yang dipasang di beberapa tempat di Putrajaya, sebaliknya hanya berani menggantung kain rentang mengkritik parti itu di hadapan bendera-bendera yang dipasang.

Kain rentang itu tertera ayat "Bendera parti ini lambang kesombongan! Walaupun undang-undang tidak membenarkan, mereka terus memasangnya."
   
Mengenai dakwaan PPj bersikap pilih kasih dalam membenarkan hanya parti tertentu sahaja menggantung bendera parti di sekitar Putrajaya, Samsudin berkata, PPj tidak membenarkan mana-mana parti berbuat demikian sebelum tiba masa yang sesuai.
   
"Siapa yang letak di kawasan awam kita akan turunkan. Tidak kira parti mana sebab masa berkempen (untuk pilihan raya umum) belum lagi,"  katanya.

Sumber : Sinar Harian

Nearby Location

Places of Interest
Name Distance Direction
Masjid Putra Show Direction
Dataran Putra Show Direction
Shopping
Name Distance Direction
Pasar Presint 8 Show Direction