MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Putrajaya

Fitnah: MB Terengganu boleh saman Adun Batu Buruk, Harakah

PUTRAJAYA - Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said boleh menyaman Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Buruk, Dr Syed Azman Syed
Ahmad Nawawi dari parti Pas serta akhbar parti itu, Harakah, berhubung satu artikel berunsur fitnah berkaitan pembelian pakaian seragam sekolah dan alat tulis di negeri itu.

Panel tiga hakim dianggotai Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus, Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof sebulat suara membenarkan rayuan Ahmad bagi mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi yang membatalkan beliau sebagai pihak dalam saman itu.

Dalam penghakimannya, Hakim Mohd Hishamudin berkata, tindakan membatalkan plaintif kedua sebagai pigak dalam saman itu tanpa perbicaraan penuh adalah pramatang.

Beliau kemudian memerintahkan kes itu dikembalikan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk dibicarakan di depan hakim lain.

Hakim Mohd Hishamudin turut menetapkan 23 Jan sebagai pengurusan kes itu di Mahkamah Tinggi.

Mahkamah Rayuan menerima hujah peguam Abu Bakar Jais yang mewakili Ahmad bahawa sebagai penjawat awam, beliau boleh memfailkan saman fitnah dalam kapasiti rasminya sebagai Menteri Besar.

Sementara itu, panel sama mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membatalkan kerajaan negeri Terengganu sebagai pihak dalam saman tersebut.

Hakim Mahkamah Tinggi Datin Yeoh Wee Siam sebelum ini memutuskan bahawa kerajaan negeri Terengganu tidak mempunyai hak di sisi undang-undang bagi meneruskan saman terhadap Dr Syed Azman, pemilik permit Harakah Datuk Mustafa Ali, ketua pengarang akhbar itu Ahmad Lutfi Othman dan pencetak Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd.

Pada 15 Disember 2011, kerajaan negeri Terengganu, Ahmad, Mek Hawa Abdul Rahman dan Hamie Azreen Ami Nordin, yang diberi kontrak membekal pakaian seragam sekolah dan alat tulis, memfailkan saman terhadap keempat-empat defendan.

Penyataan tuntutan plaintif mendakwa Syed Azman memfitnah mereka menerusi artikel bertajuk 'Seleweng RM30 juta Bantuan Sekolah' yang disiar dalam Harakah keluaran 11-13 November 2011.

Sehubungan itu, mereka menuntut ganti rugi am, ganti rugi khas, ganti rugi teruk, ganti rugi, kos dan satu perintah injunksi bagi menghalang defendan
daripada terus menyiarkan artikel yang didakwa berunsur fitnah tersebut.

Pada 23 Julai tahun lepas, Mahkamah Tinggi membenarkan bantahan awal keempat-empat defendan bagi membatalkan kerajaan negeri Terengganu sebagai pihak dalam saman itu atas alasan ia tidak mempunyai locus standi bagi meneruskan tindakan undang-undang tersebut.

Pada 28 Ogos tahun lepas, mahkamah sama turut membatalkan Ahmad sebagai pihak dalam saman itu.

Abu Bakar turut mewakili kerajaan negeri Terengganu manakala defendan diwakili peguam Azhana Mohd Khairudin.

Sumber:Sinar Harian

Nearby Location

Places of Interest
Name Distance Direction
Masjid Putra Show Direction
Dataran Putra Show Direction
Shopping
Name Distance Direction
Pasar Presint 8 Show Direction