MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Putrajaya

Ekonomi Malaysia terus lemah - Bank Dunia

Ekonomi Malaysia menunjukkan prestasi yang lemah pada tahun 2015, dengan kedua-dua permintaan domestik dan pertumbuhan eksport yang lembab tetapi langkah-langkah Bank Negara Malaysia berjaya mengelakkan kejatuhan seterusnya, kata Bank Dunia.

Ini di sebalik nilai ringgit yang susut 23 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat pada tahun 2015.

"Pada masa sama, pihak berkuasa Malaysia secara lancar menggunakan rizab yang jatuh kepada AS$ 20.7 bilion pada 2015 (sekitar 17.8 peratus daripada jumlah rizab) ...
 
"Pertumbuhan pinjaman perniagaan dalam sistem perbankan meningkat kepada 8 peratus pada Q4 2015, manakala pertumbuhan pinjaman isi rumah menjadi sederhana kepada 7.7 peratus, akibat daripada peraturan hemat makro yang diperkenalkan oleh Bank Negara," katanya dalam laporan yang dikeluarkan hari ini.
 
Bank Dunia melaporkan bahawa inflasi meningkat 2.7 peratus tahun ke tahun pada bulan Disember 2015, tetapi dijangka terkawal berikutan harga bahan api yang rendah dan pertumbuhan upah atau gaji yang lebih perlahan.
 
Walau bagaimanapun, harga bahan api yang lebih rendah mengakibatkan hasil berkaitan petrol berkurangan sebanyak 30 peratus berbanding dengan 2014.
 
Purata pekerja Malaysia juga menghadapi masa yang sukar dengan kadar pengangguran meningkat kepada 3.3 peratus tahun ke tahun dan peluang pekerjaan dan kekosongan jawatan begitu lemah.
 
"Hasilnya, kos sara hidup yang meningkat mula memberi kesan kepada beberapa segmen penduduk," katanya.
 
Bank Dunia berkata perlu ada peningkatan dalam perbelanjaan awam yang lebih cekap dan sasaran perlindungan sosial untuk mengurangkan ketidaksamaan.
 
- malaysiakini

Nearby Location

Places of Interest
Name Distance Direction
Masjid Putra Show Direction
Dataran Putra Show Direction
Shopping
Name Distance Direction
Pasar Presint 8 Show Direction