MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Putrajaya

Dr Mahathir dakwa keluarga, rakan diasak bagi halangnya kritik Najib

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa beliau dan rakan-rakan serta keluarganya sedang 'diasak' untuk menghalang dirinya membidas dan menjejaskan imej Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Buat masa ini, saya sedang diasak. Banyak perkara sedang dilakukan untuk menjadikan hidup saya, keluarga dan rakan-rakan tidak selesa.
 
"Semua jenis perkara dilakukan dalam usaha untuk menghalang saya daripada berbuat sesuatu yang boleh menjejaskan imej Najib," kata Dr Mahathir pada satu sidang akhbar di Jakarta, Indonesia hari ini, seperti yang dilaporkan oleh akhbar The Straits Times, Singapura.
 
Mahathir berada di Jakarta untuk memberi syarahan bertajuk "Membina Kebebasan Ekonomi dan Kerajaan Bersih” kepada pelajar-pelajar universiti.
 
Antara tekanan dan asakan ke atas dirinya dan rakan-rakan serta keluarga, dakwanya adalah lawatan oleh pegawai jabatan cukai pendapatan.
 
Beliau juga berkata bahawa "salah laku kerajaan Najib kini diketahui oleh semua orang di seluruh dunia dan juga rakyat Malaysia".
 
Pada 20 Julai lalu, Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat mengambil tindakan saman sivil berhubung dakwaan penyelewengan dana 1MDB.
 
DOJ mendakwa lebih AS$3.5 bilion diseleweng daripada 1MDB sepanjang beberapa tahun dengan beberapa individu termasuk pegawai tinggi kerajaan yang tidak dinamakan tetapi dirujuk sebagai 'Malaysian Official 1' mendapat manfaat.
 
Ramai orang, termasuk Mahathir, membuat spekulasi bahawa sebagai 'Malaysian Official 1' merujuk kepada Najib.
 
- malaysiakini

Nearby Location

Places of Interest
Name Distance Direction
Masjid Putra Show Direction
Dataran Putra Show Direction
Shopping
Name Distance Direction
Pasar Presint 8 Show Direction