MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Putrajaya

DAP desak kerajaan batal yuran pemprosesan cek 50 sen

Putrajaya digesa membatalkan pelaksanaan yuran pemprosesan cek sebanyak 50 sen yang bakal diperkenalkan tahun depan kerana ia tidak perlu memandangkan bank dilaporkan mengaut keuntungan tahunan berbilion ringgit, kata DAP.

Ahli Parlimennya Dr Ko Chung Sen menyelar jawapan lisan Kementerian Kewangan yang diberi dalam Dewan Rakyat mempertahankan keputusan tersebut dengan mengatakan ia insentif mengalakkan penggunaan e-pembayaran yang lebih murah.

"Pada tahun ini bank menjangkakan memperoleh keuntungan lebih tinggi dan ia merupakan satu lagi rekod baru keuntungan.

"Ekoran itu, pelanggan bank sepatutnya menerima habuan dan perkhidmatan lebih baik dan kos perkhidmatan lebih rendah," kata wakil rakyat Kampar itu pada sidang media di Parlimen hari ini.

Caj pemprosesan cek sebanyak 50 sen yang diperkenalkan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia sepatutnya mula dikenakan pada 1 April tahun ini. Pelaksanaannya bagaimanapun ditunda ke 1 Januari tahun depan.

Ko berkata, BNM juga melaksanakan caj baru pindaan wang antara bank (Interbank Giro atau IBG) dikurangkan daripada RM2 kepada10 sen pada 2 Mei, 2013.

Bagaimanapun semenjak caj IBG dilaksanakan, lebih ramai yang memilih perkhidmatan itu daripada menunaikan cek.

Ini katanya, disahkan dalam jawapan lisan Parlimen menteri kewangan yang mengatakan sejak caj IBG sebanyak 10 sen diperkenalkan, transaksi perkhidmatan itu meningkat tiga kali ganda daripada 2% kepada 6%.

Justeru, beliau berkata tidak ada sebab bagi Putrajaya meluluskan pelaksanaan caj yuran cek tersebut melainkan ia digunakan bagi menambah pendapatan berterusan perbankan.

"Peraturan baru ini mungkin membawa kepada lebih ramai orang kembali kepada bayaran tunai berbanding e-pembayaran.

"Kita akan melihat peningkatan yang mendadak dalam urus niaga tunai dan ini sememangnya satu langkah ke belakang negara," kata Ko.

– The Malaysian Insider, 27 Oktober, 2014.

Nearby Location

Places of Interest
Name Distance Direction
Masjid Putra Show Direction
Dataran Putra Show Direction
Shopping
Name Distance Direction
Pasar Presint 8 Show Direction