MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Putrajaya

DAP: Bukan kami tetapi Najib pengkhianat Melayu

DAP hari ini membidas perdana menteri kerana melabel parti itu “anti-Melayu”, sebaliknya berkata Umno dan Datuk Seri Najib Razak yang mengkhianati Melayu melalui salah laku dikaitkan dengan 1MDB.

“Pengkhianat Melayu yang paling besar ialah Datuk Seri Najib Razak dan Umno kerana mereka mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat, terutamanya orang Melayu,” kata Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua.
 
Semalam, Najib menyelar parti baharu naungan Tun Dr Mahathir Mohamad, Pribumi Bersatu Malaysia, kerana mahu bekerjasama dengan DAP.
 
“Di mana letaknya perjuangan pribumi kalau DAP sendiri sebagai sebuah parti tidak pernah menyokong perjuangan atas nama pribumi dan hak bumiputera,” kata Najib.
 
Menurutnya, Dr Mahathir dan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini pernah menuduh DAP sebagai parti anti-Melayu.
 
Bagaimanapun, Pua berkata menerusi pentadbiran di Pulau Pinang, DAP membuktikan tuduhan parti itu anti-Melayu tidak benar.
 
“Misalnya, kerajaan Pakatan di Pulau Pinang meningkatkan peruntukan tahunan untuk hal-ehwal Islam daripada hanya RM13 juta di bawah Barisan Nasional pada 2008 sehingga melebihi RM50 juta hari ini.”
 
Sebaliknya, Pua berkata Umno umpama peribahasa “harapkan pegar, pegar makan padi” susulan pendedahan salah laku berbilion ringgit membabitkan 1MDB.
 
“Sehingga hari ini, Najib gagal menjelaskan sebab AS$731 juta telah diselewengkan daripada 1MDB ke dalam akaun bank peribadinya,” katanya merujuk tindakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat mahu menyita aset sehingga RM1 bilion atas dakwaan ia dicuri daripada 1MDB.
 
Pua berkata usaha DAP menyebarkan maklumat kepada rakyat berhubung 1MDB menyebabkan Umno menyerang parti itu sebagai anti-Melayu.
 
“Mereka akan terus mengkaburkan realiti untuk memperbodohkan rakyat, mempertahankan jawatan-jawatan mereka, terus menikmati rezeki haram yang telah diperolehi dan mengelak sebarang tindakan undang-undang terhadap mereka.”
 
- freemalaysiatoday

 

Nearby Location

Places of Interest
Name Distance Direction
Masjid Putra Show Direction
Dataran Putra Show Direction
Shopping
Name Distance Direction
Pasar Presint 8 Show Direction