MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Putrajaya

Cabaran MCA ialah mengubah UMNO

Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata, cabaran yang dihadapi partinya pada masa ini ialah bagaimana menyakinkan UMNO supaya melaksanakan pentadbiran yang lebih sederhana.

Beliau berkata, rata-rata masyarakat Cina mempunyai prejudis yang besar terhadap UMNO sementara MCA perlu menyakinkan UMNO bagi melakukan perubahan.

Katanya, MCA perlu menerima hakikat bahawa sokongan masyarakat Cina terhadapnya telah menurun dan parti tersebut juga perlu menyakinkan pemimpin kaum lain jika mahu melaksanakan dasar-dasar tertentu,

"Dalam Pilihan Umum Ke-13, MCA hanya menerima 10 hingga 20 peratus sokongan.

"Walaupun masyarakat Cina tidak memberi sokongan, tetapi keadaan ini tidak bermakna kita harus berhenti melaksana dasar yang memberi manfaat kepada komuniti ini," katanya dalam temuramah dengan China Press.

Ka Chuan berkata, disebabkan MCA tidak boleh menentang parti komponen Barisan Nasional (BN), keadaan itu menyebabkan pihak luar menganggap MCA sebagai lemah.

"Hakikatnya ialah MCA berharap untuk mengubah UMNO supaya UMNO boleh melaksanakan pentadbiran secara sederhana serta menjaga kepentingan semua kaum.

"Keadannya seperti DAP yang mahu mengubah Pas. Jika DAP dapat mempengaruhi Pas supaya tidak menjadi ekstrem, maka ia merupakan kejayaan dalam pakatan politik.

"MCA juga sama, kita mahu berbincang dan berunding dengan semua parti komponen BN," katanya.

Ka Chua berkata, MCA pada masa yang sama berdepan masalah kekurangan ahli muda dan isu tersebut perlu diatasi.

Katanya, kebanyakan orang muda telah memilih untuk menyertai pembangkang atau memilih untuk tidak menyertai parti politik.

"Keadaan ini memang kelihatan di Selangor, kebanyakan orang muda memilih untuk menyertai aktiviti anjuran pembangkang," katanya.

Tambahnya, kemelut yang selalu berlaku dalam kalangan parti politik ialah ahli yang mengejar kepentingan dan bukannya matlamat lebih penting.

"Ahli akan menggunakan pelbagai cara dan berbuat kacau dalam parti untuk mendapat jawatan politik, keadaan ini seterusnya akan mewujudkan konflik dalaman.

"Pengundi tidak akan mengundi parti yang dipenuhi dengan konflik dalaman," katanya.

- malaysiagazette.com

Nearby Location

Places of Interest
Name Distance Direction
Masjid Putra Show Direction
Dataran Putra Show Direction
Shopping
Name Distance Direction
Pasar Presint 8 Show Direction