MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Putrajaya

BN perlu kerja keras

Putrajaya: Barisan Nasional (BN) perlu bekerja keras dan secara lebih bijaksana untuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, Selangor.

 

 

 

 

Putrajaya: Barisan Nasional (BN) perlu bekerja keras dan secara lebih bijaksana untuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, Selangor.

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pendekatan itu perlu diambil kerana pada pilihan raya umum lalu, penyandangnya Allahyarhamah Datuk Noriah Kasnon memenangi kerusi itu dengan majoriti 399 sahaja.

"Di Sungai Besar lebih 'underdog', kerana kemenangan hanya (dengan majoriti) 399 dan kerajaan negeri juga dikuasai orang lain.

"Kita sedar perkara itu dan harus bekerja keras dan secara lebih bijaksana untuk memastikan kemenangan,"katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Penganjuran Program Oleh Kerajaan Persekutuan di Parlimen Sungai Besar di Bangunan Perdana Putra di sini, hari ini.

Ahmad Zahid berkata, calon boleh menang dan disukai juga akan menjadi pilihan parti untuk bertanding pada PRK itu.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Source Mymetro

Nearby Location

Places of Interest
Name Distance Direction
Masjid Putra Show Direction
Dataran Putra Show Direction
Shopping
Name Distance Direction
Pasar Presint 8 Show Direction