MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Putrajaya

Blog pro Umno sekali lagi dakwa Pemuda mahu jatuhkan Najib

Selepas mendakwa pimpinan Pemuda Umno mengatur rancangan untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada April lalu, blog pro Umno, Mykmu.net sekali lagi tampil membuat dakwaan sama dalam entri terbarunya pada Sabtu.

Memetik rangkaian perbualan Whatsapp antara beberapa pemimpin Pemuda Umno, blog itu mendakwa terdapat pimpinan Pemuda Umno dan mereka yang rapat dengan ketuanya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, dipercayai sedang bergerak mempengaruhi Pemuda agar tidak menyokong Najib.

Naib ketua Pemuda Khairul Azwan Harun ketika dihubungi enggan mengesah atau menafikan laporan blog berkenaan sebaliknya berkata tugas Pemuda adalah memastikan kejayaan Umno dalam pilihan raya umum akan datang.

Katanya, hasrat dan tugas Pemuda Umno sudah diketahui perdana menteri dan tugas yang lebih besar ialah menarik sokongan pengundi muda.

"Kamu baca dan komen sendiri. Saya malas baca blog," katanya kepada The Malaysian Insider.

Ketika ditanya keengganan menafikan laporan blog berkenaan sebagai tanda mengiakannya, Azwan berkata:"Terserah."

Blog itu mendakwa, perbualan kumpulan itu antara lain mendakwa Najib seorang yang berpura-pura, maka tidak salah mereka berpura-pura menyokong tetapi berbuat sebaliknya.

Salah seorang daripada mereka meyakinkan kumpulan itu yang dia mempunyai pasukan media siber besar yang boleh menentang penyokong Najib, namun enggan menggunakan buat masa ini bagi menyembunyikan kekuatan.

Dakwaan terbaru MyKMU.net itu dibuat hanya 3 bulan selepas ia menerbitkan laporan mendakwa beberapa pemimpin Pemuda Umno cuba menyingkirkan Najib atau melemahkan kedudukannya.

Tetapi, pemimpin yang dinamakan dalam laporannya itu dengan segera menafikan dakwaan tersebut dan menganggap blog itu "tidak bertanggungjawab".

Sementara itu, bekas naib ketua Pemuda Umno Johor Datuk Khairul Anwar Rahmat memberitahu The Malaysian Insider, ahli Pemuda tidak boleh lagi gentar dan ragu dalam menyampaikan isi hati rakyat yang ketika ini berdepan dengan pelbagai masalah.

Katanya, kesempatan menjelang Persidangan Pemuda Bahagian seluruh Malaysia yang dijadualkan berlangsung tidak lama lagi perlu digunakan sebaiknya untuk membincangkan isu kepentingan rakyat.

"Kepada pemimpin muda, inilah peluang terbaik untuk suarakan apa saja isu rakyat, tanpa rasa gentar dan ragu," katanya kepada The Malaysian Insider.

Katanya, ketika umat Islam di seluruh Malaysia sedang menyambut Aidilfitri, sudah pastinya pelbagai isu dibangkitkan ketika berkunjung.

"Aidilfitri menemukan kita dengan keluarga dan sanak saudara, sudah tentulah kita mendengar pelbagai reaksi mengenai apa jua isu yang melanda negara.

"Rakyat berbincang soal kepimpinan, ekonomi, sosiomasyarakat dan semua aspek kehidupan di negara ini," katanya.

Beliau yang juga terlibat menganjurkan forum kontroversi Nothing2Hide itu berkata, pergerakan Pemuda tidak boleh lagi membincangkan isu 'membodek pemimpin' dan bercakap perkara yang enak didengar saja.

"Kita tidak mahu orang Melayu bersidang bercakap yang sedap-sedap saja. Bercakap perkara yang molek-molek saja, yang bodek-bodek saja," katanya.

Khairul Anwar juga menggesa Pemuda Umno supaya berani dan tidak bersikap takut kehilangan jawatan hanya kerana menegur pemimpin atasan.

"Saya sedang memperkenalkan satu tagline baru iaitu 'Nothing to Lose'.

"Pemimpin pemuda Melayu tidak perlu bimbang untuk kalah jika menyatakan yang hak, dan dilucut jawatan, kerana itu tanda perjuangan," katanya.

Khairul Anwar selepas forum kontroversi yang dibatalkan pada Jun lalu meletakkan semua jawatan yang disandangnya dalam Umno, dipercayai susulan tekanan dikenakan ke atasnya.

Beliau sebelum ini ialah ketua Pemuda Umno Kluang, naib ketua Pemuda Umno Johor dan ketua Sekretariat Perundangan Umno Malaysia.

– the malaysian insider, 27 Julai, 2015.

Nearby Location

Places of Interest
Name Distance Direction
Masjid Putra Show Direction
Dataran Putra Show Direction
Shopping
Name Distance Direction
Pasar Presint 8 Show Direction