MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Putrajaya

Batalkan 1MDB, buat bidaan baharu untuk Jimah Timur

Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) meminta kerajaan untuk melaksanakan bidaan baharu bagi projek Loji Janakuasa Pantai Timur Jimah yang sebelum ini dianugerahkan kepada 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) menerusi satu bidaan terbuka yang kontroversi.

Desakan itu timbul selepas 1MDB memohon untuk melanjutkan tempoh menyiapkan dua unit loji janakuasa arang batu 2,000 megawat baru-baru ini.

Presiden AWER, S. Piarapakaran berkata, permohonan pelanjutan tempoh yang dilakukan tidak sampai setahun selepas projek tersebut dianugerahkan kepada 1MDB menunjukkan ketidakberkesanan firma berkenaan.

"Apa yang tidak kena? Apabila sesuatu projek tersebut telah diberikan maknanya pemenang bidaan mempunyai tanggungjawab untuk menyiapkan projek dalam masa yang telah ditetapkan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, projek Jimah Timur yang berharga RM11 bilion masih berada di peringkat awal.

Sekiranya kerajaan membatalkan penganugerahan kepada 1MDB, kerajaan boleh mengadakan bidaan baharu dalam mencari pihak yang lebih berkeupayaan menjayakan projek yang sebelum ini dinamakan Projek 3B.

Katanya, pembinaan loji janakuasa arang batu bakal mengambil masa selama empat tahun manakala loji janakuasa kombinasi turbin pusingan gas (CCGT) hanya mengambil masa 32 bulan sehingga 36 bulan sahaja.

"Bidaan baharu sepatutnya dilakukan untuk membina CCGT dan bukannya loji janakuasa arang batu bagi mengelakkan gangguan bekalan elektrik pada 2018 dan 2019.

"Jika kerajaan mengadakan bidaan baharu pada Januari ini, masih ada masa yang mencukupi untuk menyiapkan projek loji janakuasa CCGT 2,000 megawat mengikut masa yang ditetapkan," ujarnya.

Satu lagi alternatif yang dicadangkan AWER adalah mengenakan tambahan kos bahan api dan kapasiti kepada 1MDB disebabkan oleh kelewatan pembinaan loji berkenaan sekiranya permohonan syarikat tersebut diluluskan.

Jika tidak, kerajaan perlu meminta Kabinet dan pegawai-pegawai tinggi di Kementerian Tenaga, Tenaga Hijau dan Air (KeTTHA) dan Suruhanjaya Tenaga untuk membayar kos yang ditanggung oleh Jimah Timur akibat lewat siap.

Kerajaan katanya, telah mengenakan penalti sehingga RM108 juta bagi setiap 1,000 megawat bagi kelewatan pembinaan loji tersebut tetapi AWER melihat terdapat kos tambahan sekiranya projek tersebut ditangguhkan dan bimbang jika kos tersebut akan dibebankan kepada pelanggan melalui kenaikan tarif.

"Kos tambahan yang masih berbaki selepas ditolak penalti perlu dibayar oleh menteri-menteri kabinet dan pegawai kanan KeTTHA serta pengerusi, pesuruhjaya dan pegawai kanan Suruhanjaya Tenaga.

"Jangan bebankan rakyat dengan kos tambahan melalui tarif elektrik," tegasnya.

- MalaysiaGazette

Nearby Location

Places of Interest
Name Distance Direction
Masjid Putra Show Direction
Dataran Putra Show Direction
Shopping
Name Distance Direction
Pasar Presint 8 Show Direction