MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Putrajaya

Tunggu keputusan ujian darah

Putrajaya: Kementerian Kesihatan masih lagi menunggu keputusan ujian darah dua kanak-kanak pra-sekolah di Cheras yang didakwa menghidap Influenza A (H1N1) sebagaimana tular di media sosial, semalam.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, pihaknya mendapati, kanak-kanak berkenan mengalami gejala selsema namun, status sebenar kesihatan mereka hanya boleh disahkan selepas ujian darah dilakukan.

"H1N1 boleh dialami sesiapa sahaja namun, kumpulan berisiko seperti wanita mengandung dan warga emas serta mempunyai penyakit lain perlu lebih berhati-hati," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Katanya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sudah memutuskan H1N1 bukan epidemik kerana ia sentiasa berlaku dan apa yang penting adalah meningkatkan kesedaran awam mengenainya serta menguruskannya.

Laman media sosial semalam heboh mengenai penularan mesej yang mengaitkan dua kanak-kanak di Cheras ditahan di dua hospital masing-masing di Hospital Ampang dan Hospital Pantai Cheras kerana menghidap H1N1.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Source Mymetro

Nearby Location

Places of Interest
Name Distance Direction
Masjid Putra Show Direction
Dataran Putra Show Direction
Shopping
Name Distance Direction
Pasar Presint 8 Show Direction