MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Putrajaya

Sebat di khalayak: Suhakam mahu Putrajaya campur tangan

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mahu kerajaan persekutuan campur tangan berhubung keputusan kerajaan negeri Kelantan untuk melaksanakan hukuman rotan di khalayak umum bagi kesalahan syariah.

Pengerusi Suhakam Tan Sri Razali Ismail berkata kerajaan persekutuan mesti memastikan bahawa "hak asasi dihormati di seluruh negara".

Razali berkata merotan adalah hukuman "kejam, tidak berperikemanusiaan dan menghina" yang melanggar larangan terhadap penyeksaan dalam perjanjian hak asasi manusia antarabangsa yang ditandatangani Malaysia.

"Merotan tidak boleh dijadikan sebahagian daripada sistem keadilan jenayah kita kerana ia tidak mempunyai potensi pemulihan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Minggu lalu, Dewan Undangan Negeri Kelantan sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) yang antara lainnya membolehkan hukuman sebat dijalankan di khalayak ramai.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Zahid Hamidi, berkata rang undang-undang itu perlu dilihat dalam konteks hanya untuk orang Islam di negeri itu sahaja dan tidak melibatkan orang bukan Islam.

Razali bagaimanapun berkata bahawa undang-undang syariah yang dilaksanakan di negeri-negeri mesti mematuhi kewajipan hak asasi manusia Malaysia.

- malaysiakini

Nearby Location

Places of Interest
Name Distance Direction
Masjid Putra Show Direction
Dataran Putra Show Direction
Shopping
Name Distance Direction
Pasar Presint 8 Show Direction