MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Putrajaya

PLB dapat percepat misi bantuan

Putrajaya: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan mengemukakan permohonan pembelian personal locator beacons (PLB) untuk kegunaan komuniti laut kepada kerajaan yang antara lain memudahkan penyaluran bantuan mencari dan menyelamat (S&R).

Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Maritim Datuk Zulkifli Abu Bakar berkata, agensi itu sedang menyiapkan kertas cadangan untuk dibentangkan kepada Kabinet dalam masa terdekat selaras dengan usaha pihaknya untuk meuar-uarkan kepentingan penggunaan PLB ketika berada di laut.

Beliau berkata, cadangan pembelian PLB bagi kemudahan komuniti laut seperti nelayan atau mereka yang menjalankan aktiviti rekreasi di laut.

“Alat PLB menggunakan sistem teknologi satelit terkini iaitu Cospas-Sarsat yang turut digunakan bagi peralatan ‘Emergency Locator Transmitter Maritime’ (ELT) dan ‘Emergency Position Indicating Radio Beacon’ (EPIRB) yang dipasang di kapal dan bot,” katanya pada sidang media berkaitan memperkasakan operasi S&R Maritim Malaysia di sini, semalam.


 

Beliau berkata, PLB akan memudahkan Maritim Malaysia mengesan lokasi kejadian dengan lebih cepat bagi kes yang berlaku di laut seperti pelanggaran kapal, anak kapal jatuh laut, nelayan atau pemancing lemas.

Katanya, penggunaan PLB secara tidak langsung akan mengurangkan kos operasi S&R kerana biasanya perbelanjaan S&R adalah kira-kira RM160,000 sehari atau bergantung kepada tempoh dan luas kawasan pencarian.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Source Mymetro

 

Nearby Location

Places of Interest
Name Distance Direction
Masjid Putra Show Direction
Dataran Putra Show Direction
Shopping
Name Distance Direction
Pasar Presint 8 Show Direction