MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Putrajaya

Pengarah Jakim cuba Pokemon Go, kesal berlegar di masjid

Permainan Pokemon Go perlu dihadkan agar institusi agama tidak tercemar dalam keasyikan masyarakat terhadapnya, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha.

Beliau berkata tempat ibadat termasuk masjid tidak sepatutnya digunakan sebagai lokasi pencarian karektor permainan itu.
 
Othman, yang turut mencuba permainan tersebut bagi melihat sendiri fungsinya, mendapati Pokemon turut berada di kawasan masjid dan surau.
 
Katanya, pihak yang membangunkan aplikasi tersebut tidak begitu sensitif terhadap pusat ibadat yang mana ia tidak sesuai untuk dijadikan gelanggang permainan aplikasi maya itu.
 
“Permainan ini pada pendapat saya bagus kerana ia menggalakkan masyarakat beriadah sambil bersenam kerana memerlukan kita berjalan untuk mencari karektor tersebut, namun perlu ada hadnya,” katanya kepada Bernama.
 
Othman berkata adalah tidak elok sekiranya seseorang pergi ke tempat ibadat hanya untuk bermain permainan itu malah beliau berpendapat permainan tersebut turut mendatangkan pelbagai mudarat.
 
“Kita lihat di luar negara ada pemain yang memasuki kawasan privasi seperti rumah orang dan kawasan larangan hingga ke tahap ada yang tercedera dan meninggal akibat permainan tersebut,” katanya.
 
Permainan realiti berperantara berasaskan lokasi yang dibangunkan Niantic Incorporation of Nintendo USA itu mula memasuki Malaysia Sabtu lepas dan mendapat pelbagai reaksi daripada masyarakat.
 
Tinjauan Bernama di dua buah masjid di Putrajaya iaitu Masjid Putra, Presint 1 dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3, semalam mendapati kedua-dua tempat itu diletakkan sebagai tempat “PokeStop”, untuk mendapat “reward atau hadiah”.
 
Malah kedua-dua tempat ibadat bagi orang Islam itu turut dijadikan “PokeGyM”, platform yang digunakan sebagai medan pertarungan bagi para pemain yang sudah mula mencapai aras 5.
 
Tinjauan juga mendapati melalui aplikasi tersebut, PokeStop dan PokeGym juga terdapat di hampir kesemua tempat tumpuan orang ramai dan bangunan kerajaan serta kementerian di sekitar Putrajaya.

- freemalaysiatoday

Nearby Location

Places of Interest
Name Distance Direction
Masjid Putra Show Direction
Dataran Putra Show Direction
Shopping
Name Distance Direction
Pasar Presint 8 Show Direction