MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Putrajaya

Pantau kesihatan dua budak hingga 3 bulan

Putrajaya: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memantau tahap kesihatan dua kanak-kanak perempuan yang digigit anjing peliharaan mereka di Kuala Sepetang, Taiping, Perak dalam tempoh dua hingga tiga bulan bagi memastikan mereka bebas rabies.

Menterinya Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, sehingga kini kedua-dua kanak-kanak berkenaan berada dalam keadaan sihat namun pihaknya masih memantau perkembangan mereka.

“Walaupun tidak menunjukkan sebarang tanda klinikal dan berada dalam keadaan stabil, kita perlu membuat pemerhatian serta pemeriksaan kesihatan terhadap mereka dari semasa ke semasa.

“Ini kerana jika kita lihat kembali kes positif virus rabies (anjing gila), semuanya dapat dikesan selepas digigit dalam tempoh dua hingga tiga bulan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Hadir sama Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Seri Dr Chen Chaw Min dan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Dr Subramaniam berkata, pihaknya masih menunggu laporan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) mengenai punca anjing di Kuala Sepetang dijangkiti virus rabies.

“Kes di Kuala Sepetang adalah luar biasa dan saya yakin JPV ketika ini menjalankan pemeriksaan dan tindakan susulan untuk mencari punca anjing berkenaan dijangkiti wabak rabies.

“Bagaimanapun, orang ramai tidak perlu bimbang kerana wabak ini masih dalam keadaan terkawal, tetapi perlu ada kesedaran supaya tidak menjadi mangsa penyakit berkenaan,” katanya.

Menurutnya, sehingga semalam, lima kes dalam kalangan manusia disahkan positif rabies di Serian, Sarawak dengan empat daripadanya meninggal dunia manakala satu kes lagi dirawat di wad Hospital Umum Sarawak (SGH).

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Source Mymetro

Nearby Location

Places of Interest
Name Distance Direction
Masjid Putra Show Direction
Dataran Putra Show Direction
Shopping
Name Distance Direction
Pasar Presint 8 Show Direction