MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Putrajaya

Kajian : Lebih 70% sokong Bersih

Kumpulan reformasi pilihan raya, Bersih menarik respons menggalakkan daripada lebih 2/3 orang ramai dalam tinjauan pendapat, tetapi kira-kira 71% daripada mereka juga berkata mereka tidak akan menghadiri perhimpunan hari ini.

Tinjauan pendapat yang dijalankan syarikat kaji selidik dalam talian Vase, diadakan antara 1,069 responden di seluruh negara.
 
Kira-kira 71% responden berkata mereka tidak akan menghadiri Bersih 5 hari ini, yang diadakan di pusat bandar Kuala Lumpur bagi menggesa penyingkiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada jawatan selain menuntut pembaharuan institusi di negara ini.
 
Seramai 38.82% daripada mereka yang ditinjau berkata perhimpunan Bersih “agak berkesan”, manakala 36.75% merasakan Bersih mencapai matlamatnya.
 
Kira-kira 67% responden bersetuju ahli-ahli politik perlu dijemput untuk mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut, manakala 32% yang berpendapat sebaliknya.
 
Lebih 70% responden berpendapat Bersih tidak seharusnya hanya memberi tumpuan kepada gesaan pilihan raya yang bebas dan adil, manakala 27.41% merasa gabungan itu perlu berbuat demikian.
 
Tiga suku daripada mereka yang ditinjau bersetuju perhimpunan Bersih adalah satu platform untuk menggalakkan perpaduan kaum.

- freemalaysiatoday

Nearby Location

Places of Interest
Name Distance Direction
Masjid Putra Show Direction
Dataran Putra Show Direction
Shopping
Name Distance Direction
Pasar Presint 8 Show Direction