MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Putrajaya

Golf, sushi dan kangaroo, anak Najib kongsi percutian

Anak Datuk Seri Najib Razak berkongsi gambar percutiannya menerusi Instagram, daripada aksi memukul bola golf di tepi pantai sehinggalah bersua kenal dengan kangaroo di Australia.

Gambar dan video itu dikongsi Norashman Najib, yang ikut serta rombongan keluarga bercuti di Bali, Indonesia dan Perth, Australia.

Dari Bali, Norashman, anak bongsu perdana menteri, memuat naik video pendek menunjukkan hayunan kayu golf yang seiring dengan pukulan ombak berhampiran.

“Apabila hayunan anda seiring dengan ombak,” tulisnya.

Ia disusuli dengan gambar hidangan masakan beraneka Jepun semalam.

Hari ini, Norashman berkongsi klip video bersua kenal dengan beberapa ekor kangaroo di Australia.

“G’day mate, hello mate… hello sayang,” katanya meniru gaya ucapan penduduk tempatan Australia.

Sebelum ini, media Indonesia melaporkan Najib dan 23 lain tiba di Bali, sehari selepas meganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri peringkat Kabinet di kediaman rasmi Seri Perdana, Putrajaya pada Ahad lalu.

Mereka menginap di Hotel St Regis di daerah Nusa Dua, sebelum berlepas ke Perth, Australia.

Metro TV Indonesia memetik komandan resort, Gede Widiyana sebagai berkata perdana menteri tinggal di bilik bertaraf “President Suites”.

“PM Malaysia kamarnya 1 suites. 11 kamar standar, dan rombongannya 24 orang,” katanya.

- freemalaysiatoday

 

Nearby Location

Places of Interest
Name Distance Direction
Masjid Putra Show Direction
Dataran Putra Show Direction
Shopping
Name Distance Direction
Pasar Presint 8 Show Direction