MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Putrajaya

10 premis diperiksa

Putrajaya: Dapur dan ruang makan yang kotor, tandas tidak diselenggara, meletakkan struktur tambahan dan ubah suai premis tanpa kebenaran serta menghalang laluan orang ramai di kaki lima.

Itu antara kesalahan yang berjaya dikesan penguat kuasa Perbadanan Putrajaya (PPj) selepas membuat pemeriksaan di 10 premis makanan di sekitar Pusat Komersial Bazaar@8 dan Ayer@8 di sini, malam kelmarin.

Presiden PPj Datuk Seri Hasim Ismail berkata, operasi itu dilaksanakan bagi memastikan pematuhan premis makanan di sekitar Putrajaya mengikut elemen penting berdasarkan peruntukan Akta Makanan 1983 dan Undang-undang Kecil Petempatan Makanan (Wilayah Persekutuan Putrajaya) 2016.

“Melalui pemeriksaan yang dilakukan, kita berjaya mengeluarkan 13 kompaun dan empat notis amaran kepada pemilik premis makanan yang tidak mengikut peraturan yang ditetapkan.

“Selain itu, kita juga merampas 35 barangan termasuk kerusi dan meja yang diletakkan di kaki lima sehingga menghalang laluan orang ramai di kawasan berkenaan,” katanya pada sidang media selepas mengetuai Operasi Bersepadu PPj, di sini, malam kelmarin.

Hadir sama Naib Presiden Perkhidmatan Bandarnya Datuk Azizi Ahmad Termizi dan Naib Presiden Jabatan Landskap dan Taman PPj Baharussin Aziz.

Hasim berkata, operasi berkenaan akan diadakan secara berkala untuk mendidik dan membudayakan amalan hidup bersih dalam kalangan masyarakat terutama peniaga makanan di Putrajaya.

“Jumlah premis makanan berlesen sehingga April lalu menunjukkan peningkatan iaitu 340 premis berbanding 300 premis tahun lalu.

“Bagaimanapun, premis yang dikategorikan sebagai Gred A semakin berkurangan iaitu 112 premis berbanding 174 premis pada tahun lalu,” katanya.

Menurutnya, pelbagai program diadakan seperti kempen kesedaran, keselamatan makanan, pembuangan sisa makanan dan pengumpulan minyak masak terpakai diadakan bagi memastikan tahap premis makanan di sini terjaga.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Source Mymetro

 

Nearby Location

Places of Interest
Name Distance Direction
Masjid Putra Show Direction
Dataran Putra Show Direction
Shopping
Name Distance Direction
Pasar Presint 8 Show Direction