MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Putrajaya

Peserta Afghan, Malaysia juara Pidato Antarabangsa BM

PUTRAJAYA - Peserta Afghanistan, Sebghatullah Qazizada dinobatkan sebagai juara Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri 2012 bagi kategori antarabangsa yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.

Beliau mengatasi empat peserta lain bagi kategori itu pada pertandingan peringkat akhir yang berlangsung malam ini.

Sementara itu peserta dari Malaysia, Fathiah Ibrahim pula muncul juara kategori nusantara menewaskan dua lagi peserta bagi kategori tersebut.

Pertandingan turut disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang kemudian menyampaikan hadiah kepada semua pemenang.

Pertandingan itu disertai 69 peserta dari 64 negara, namun hanya lapan layak ke pertandingan akhir.

Tempat kedua kategori antarabangsa dimenangi Polina Matveycheva dari Rusia manakala tempat ketiga pula milik Elena Vorobyeva dari Latvia. Juga layak ke
pertandingan akhir kategori antarabangsa itu ialah pemidato Jepun Yota Tamura dan Marina Makarova dari Moldova.

Sementara itu, tempat kedua kategori nusantara disandang Dayangku Mumtazah Pengiran Md Jaafar dari Brunei manakala Wahyudi dari Indonesia di tempat
ketiga.  

Johan bagi setiap kategori menerima piala pusingan iaitu Piala Perdana Menteri, piala iringan, wang tunai AS$5,000 (RM15,000), hadiah iringan dan sijil.

Naib johan pula membawa pulang piala iringan dan US$3,000 (RM9,000), manakala pemenang tempat ketiga menerima piala iringan dan AS$2,000 (RM6,000).

Sumber- Sinar Harian

Nearby Location

Places of Interest
Name Distance Direction
Masjid Putra Show Direction
Dataran Putra Show Direction
Shopping
Name Distance Direction
Pasar Presint 8 Show Direction