MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Putrajaya

Feel Good Run 2013 lebih meriah

BERDASARKAN  survey Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (2011), rakyat Malaysia semakin terdedah dengan pelbagai penyakit kronik seperti obesiti, penyakit jantung, strok dan kanser. Atas kesedaran itu, NTV7 mengambil inisiatif menganjurkan larian amal Feel Good Run 2013.

Turut diadakan sempena ulang tahun ke-15, NTV7 sekali lagi menganjurkan larian amal buat kali ketiga untuk mengajak rakyat Malaysia melakukan aktiviti riadah di samping pelbagai program sampingan.

Bakal berlangsung pada 7 Julai, seawal jam 6 pagi, larian Feel Good Run 2013, akan bermula dari Sri Pentas, Bandar Utama hingga ke garisan penamat di Central Park, One Utama.

Pengurus Besar Kumpulan NTV7 & 8TV, Airin Zainul berkata, tahun ini program tersebut dijangkakan berlangsung dengan lebih meriah dan bakal memberi keseronokan kepada peserta.

"Tahun ini juga menyaksikan lebih ramai selebriti berbanding 80 penyertaan tahun lalu.

"Kami juga meramalkan lebih ramai peserta dan mereka dialu-alukan memakai pelbagai kostum menarik serta kreatif bagi memeriahkan acara ini.

“Dengan adanya program seperti ini, kami berharap penonton akan lebih dekat dengan NTV7," kata Airin.

Airin berkata, program ini juga merupakan acara larian terbesar yang diadakan di Bandar Utama.

Tahun lalu program ini berjaya mengutip dana sehingga RM142,800 dengan penyertaan lebih 5,000 peserta. Atas sambutan itu, NTV7 menjangka lebih banyak penyertaan dan dana akan diperoleh.

Hasil sumbangan peserta dan selebriti yang terlibat akan disalurkan sama rata kepada empat badan kebajikan iaitu Hospis Malaysia, Malaysian Rare Disorders Society, Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah dan Society for the Prevention of Cruelty to All Animals (SPCA).

Bagi anda yang berminat, pendaftaran akan dibuka bermula 1 April sehingga 31 Mei depan. Penyertaan terbuka sehingga sehingga 5,000 peserta.

Pendaftaran boleh dilakukan menerusi laman sosial www.ntv7.com.my/feelgoodrun, atau mendaftar terus di Federal Territory Amateur Athletic Association (FTAAA) dan di Twenty First Century Sports (M) Sdn Bhd.

- sinar harian

Nearby Location

Places of Interest
Name Distance Direction
Masjid Putra Show Direction
Dataran Putra Show Direction
Shopping
Name Distance Direction
Pasar Presint 8 Show Direction