MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Putrajaya

Belum ada rezeki

HUBUNGAN Raja Farah dan suami hanya terpisah dek jarak, namun mereka tetap bahagia dan bersedia untuk mengambil anak angkat


SEJAK dari awal perkahwinan lagi, pelbagai kisah tidak benar yang sudah menimpa pasangan ini. Dari kisah mengandung anak luar nikah sehinggalah kononnya rumah tangga yang berusia empat tahun kini ditimpa masalah kekal menjadi perbualan ramai.

Jujurnya dia sendiri hairan bagaimana kisah tidak benar ini sering kali mendapat tempat di kalangan masyarakat. Akui Raja Farah dia dan suami sudah semakin lali, namun adakalanya tersentak juga dengan berita-berita yang menyakitkan ini.

Tidak banyak yang dipinta pelakon ini selain menghentikan sebarang kontroversi berkaitan rumah tangga dia. Tidak menolak sedikit mengaibkan, pinta Raja Farah tiada salah jika keluarga kecilnya ini terus dilimpahi doa dan bukan fitnah lagi.

“Saya hairan bagaimana kisah rumah tangga kami bermasalah tersebar, kalau ikutkan saya dan suami bukan macam orang lain yang sering bercerita perihal rumah tangga.

“Bila ditanya bagaimana mereka boleh buat andaian begini, katanya sebab saya jarang bersama suami dan hanya dilihat bersama ibu atau ayah," katanya pada pelancaran drama siri Tonton berjudul Hanya Satu di Empire Shopping Gallery, baru -baru ini.

Menjelaskan kedudukan sebenar, kata Farah, suaminya kini bekerja di Terengganu dan sebab itu mereka jarang bertemu. Bagaimanapun kata Raja Farah perkara ini tidak pernah menjejaskan hubungan mereka sebagai suami isteri.

“Suami saya jauh, memang kalau saya di sini saya akan bersama ibu atau ayah. Mungkin orang selalu lihat keadaan itu dan buat andaian sendiri.

“Saya akui memang kami suami isteri jarang bertemu sebab dia bekerja jauh, tetapi kalau mahu kata bergaduh sampai mahu bercerai-berai itu memang langsung tidak pernah," katanya jujur.

Tidak menolak suaminya sedikit terkilan dengan perkara ini, kata Raja Farah pernah disuarakan suaminya sendiri agar mereka tidak terus menjaja kisah tidak benar ini.

“Memang suami saya marah kerana perkara ini mengaibkan dia dan saya serta kedua-dua belah keluarga kami.

“Sebenarnya saya lebih selesa jika kisah peribadi saya tidak lagi diperkatakan, cukuplah sekadar kisah kerjaya sahaja," katanya.

Jika dahulu dia sedikit kurang aktif dalam bidang lakonan, kini Raja Farah tidak menolak sudah semakin terbuka menerima tawaran. Bagaimanapun keadaan ini seperti membuka laluan kepada andaian liar yang berpendapat keadaan rumah tangganya sedang bergolak. Menafikan keadaan itu, balas Raja Farah apa yang menyebabkan dia menerima tawaran lakonan kini adalah kerana perasaan rindu.

“Saya akui merindui bidang lakonan, tetapi saya minta izin suami dahulu sebelum membuat keputusan ini.

“Tidaklah banyak tawaran yang diterima, saya pastikan ianya sesuai dengan saya asalkan dapat melepaskan rasa rindu kepada bidang lakonan ia sudah memadai," katanya.

Anak

Empat tahun melayari bahtera perkahwinan dengan Megat Bashirun Qhuyum Zakaria, sehingga kini Raja Farah mengakui masih menunggu kehadiran insan kecil bernama anak. Tidak meratapi nasib, pernah disuarakan wanita berusia 26 untuk meneruskan rancangannya itu dengan mengambil anak angkat. Bagaimanapun sehingga kini kedua-dua mereka masih menunggu.

“Sebenarnya saya tidak boleh komen sangat soal ini, perkara ini memang ada dibincangkan dengan suami.

“Tetapi memang tidak nafikan rancangan untuk mengambil anak angkat," katanya berharap.

Menduga hati, Raja Farah tidak menolak perasaan sayu tanpa anak itu sudah pasti wujud dalam hatinya. Bagaimanapun dia yakin ada perancangan yang lebih baik buat dirinya dan suami.

“Bagi saya tiada masalah untuk mengambil anak angkat, mungkin anak itu nanti akan mematangkan kami berdua.

“Bila melihat anak orang sama ada saudara sendiri atau kawan, memang kita rasa mahu sangat anak," katanya.

Katanya, sehingga kini dia dan suami masih tidak menemui sebarang jalan untuk mendapatkan seorang anak melalui proses ini. Bagaimanapun katanya, jika ada mereka yang mahu menyerahkan anak untuk dibela dia terbuka untuk menerima.

“Ada orang kata masih terlalu awal sebenarnya kalau mahu fikirkan soal mengambil anak angkat ini, ada yang sudah berumah tangga lebih 10 tahun sebelum mengambil anak angkat. Tetapi bagi saya kalau ada anak semuanya akan berbeza bagi kami, sebab itu saya tidak kisah sekiranya jika saya ditakdirkan membesarkan anak angkat.

“Setakat ini saya tidak bertemu lagi dengan orang yang mahu serahkan anak, tetapi kalau ada saya terbuka kalau kena dengan caranya kenapa tidak," katanya.

Kemalangan bawa hikmah

Terlibat dengan kemalangan baru-baru ini jelas Raja Farah memang kejadian itu meninggalkan kesan hitam buat dirinya. Bercerita mengenai kejadian itu, katanya, ketika kejadian itu dia sebenarnya dalam perjalanan untuk ke lokasi penggambaran drama terbaharunya di Muar Johor.

“Sewaktu itu saya dari Shah Alam mahu ke Muar untuk ke lokasi penggambaran, memandangkan sudah lewat malam ibu ada meminta saya untuk bertolak esok pagi sahaja, tetapi saya ambil keputusan untuk bertolak malam itu juga.

“Bila sampai di suatu lokasi saya terlihat seekor anjing melintas dalam usaha untuk mengelak anjing tersebut saya yang akhirnya terbabas. Memandangkan kawasan itu sunyi memang bantuan sampai agak lewat, syukur saya tiada apa-apa," katanya.

Walaupun bersyukur tidak mengalami sebarang kecederaan teruk, namun kejadian ini tetap memberi satu pesanan keras buat Raja Farah. Katanya memandangkan dia tidak memandu keretanya sendiri jadi kini dia lebih berhati-hati dalam soal insurans kereta.

“Saya meminjam kereta orang, jadi bila berlaku kemalangan apa yang saya fikirkan adalah bagaimana untuk memastikan kereta ini dapat dikembalikan dengan baik semula.

“Tetapi itulah yang saya belajar, ambil tahu tentang keadaan kereta dan lebih arif tentang insurans kenderaan," katanya.

Masih trauma dengan kejadian tersebut, kata Raja Farah sehingga kini dia masih lagi takut untuk memandu secara berseorangan. Malah katanya beberapa minggu selepas kejadian itu dia turut dihantui mimpi berikutan perasaan yang dibawa-bawa selepas kejadian tersebut.

“Memang kalau ke mana-mana saya akan pastikan ditemani ibu atau ayah, bukan apa jadi takut memandu berseorangan. Malah selepas kejadian tersebut saya masih melalui kawasan yang sama setiap kali melalui kawasan tersebut saya terus teringat apa yang berlaku.

“Hanya beberapa minggu selepas itu saya menggigau, tetapi sekarang sudah baik. Cuma selepas kejadian itu saya sudah melakukan pemeriksaan badan dan tiada kecederaan yang ditunjukkan cuma kebelakangan ini masih sakit di dada, saya akan pergi balik ke hospital untuk pemeriksaan lanjut," katanya.

Sementara itu, Raja Farah bakal muncul sebagai bintang jemputan dalam drama Hanya Satu yang akan bersiaran bermula 15 September depan di www.tontonmusic.com.my. Selain Raja Farah drama ini juga turut dilakonkan Syarif (Sleeq), Kilafairy, Qhaud Rashid dan Wan Sharmila.

Sumber:Utusan malaysia

Nearby Location

Places of Interest
Name Distance Direction
Masjid Putra Show Direction
Dataran Putra Show Direction
Shopping
Name Distance Direction
Pasar Presint 8 Show Direction