MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Putrajaya

400,000 Botol Air Mineral Sudah Diwakaf PGPF Bagi Penduduk Gaza

PUTRAJAYA, 28 Feb (Bernama) -- Perdana Global Peace Foundation (PGPF) sudah mewakafkan sebanyak 400,000 botol air mineral melalui dua program Jelajah Keamanan dan Wakaf Water 4Gaza yang dianjurkannya di Melaka dan Perak baru-baru ini.

Pemegang amanah PGPF Tan Sri Dr Samsudin Hitam berkata melalui program itu, pihaknya yakin sasaran untuk mewakafkan 1.5 juta botol air mineral iaitu simbolik kepada kira-kira 1.5 juta penduduk Gaza yang menghadapi masalah mendapatkan sumber air bersih dapat dicapai pada tahun ini.

"Dana daripada setiap penjualan air yang dijual dengan harga RM1 sebotol itu akan disalurkan untuk kegunaan penduduk Gaza. Ini kerana kita akan alami masalah logistik kalau nak bawak air dari sini," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Jelajah Keamanan peringkat Wilayah Persekutuan dan Wakaf Water 4Gaza di sini hari.

Majlis itu dirasmikan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Samsuddin berkata program itu akan diperluaskan ke seluruh negara dengan lokasi seterusnya di Johor pada Mac depan.

Sumber- Bernama

Nearby Location

Places of Interest
Name Distance Direction
Masjid Putra Show Direction
Dataran Putra Show Direction
Shopping
Name Distance Direction
Pasar Presint 8 Show Direction